29 Jun 2007

Pembersih Hampa Gas Pensonic PVC-31A

Setelah sekian lama mengimpikan sebuah pembersih hampa gas, akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan. Pembersih hampa gas ini dibeli dengan harga RM239.00 dari seorang lelaki bernama Sing Loon Kiat (019 - 223 3328) yang datang ke rumah semalam buat kali kedua dengan membawa peralatan tersebut. Kali pertama dia datang adalah pada hari Rabu kelmarin, tetapi disebabkan unit yang dibawanya mempunyai masalah suis yang tidak berfungsi, dia terpaksa datang semula membawa unit yang berfungsi.

Sing Loon Kiat adalah bekas pekerja kedai elektrik yang menjual alat penghawa dingin yang saya gunakan sekarang. Dia sedang berusaha untuk membuka kedai elektriknya sendiri di Sri Gombak. Sementara itu dia telah mendaftarkan syarikatnya sendiri iaitu SLK Electric Enterprise (001686720-M) dengan menggunakan alamat di No. 39, Jalan SJ 24, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor.

Pembersih hampa gas ini menggunakan kuasa sehingga 1600w. Menurut kata Sing, pembersih hampa gas yang menggunakan kuasa yang lebih rendah tidak tahan lama. Sing juga sanggup memberikan jaminan sehingga setahun setengah untuk pembersih hampa gas ini. Antara spesifikasinya :
  • Tahap Kuasa Motor Tinggi
  • Sistem Pemutar-balik Wayar Automatik
  • Penunjuk Beg Habuk Penuh
  • Roda Hadapan dengan Sendi Berputar untuk memudahkan pergerakan.
  • Sistem Penapisan 5 Tahap
  • Kawalan Kelajuan
  • Aksesori



Dalam posisi menegak.

Dalam posisi mendatar.

Beg habuk di posisinya.

Menurut kata Sing, beg habuk hanya boleh digunasemula untuk tiga kali sahaja.

Tiada ulasan: