
Isteri saya mendapatkannya dari seorang kerabat, bagi menggantikan telefon bimbitnya yang hilang tempoh hari. Isteri saya menyatakan harganya adalah RM8++.00. Berikut adalah keterangan ringkas telefon bimbit ini.
- Penutup tahan karat dengan rekaan moden dan canggih
- Kekunci yang besar dan mudah digunakan
- Kamera 2 megapixel dengan 8x digital zoom
- Pemain muzik dengan radio FM Stereo terbina dalam
- Pemain dan perakam video
Setakat ini, saya menyukai bentuknya yang nipis serta ringan. Mungkin kerana saya membandingkannya dengan telefon bimbit Nokia N73 yang besar dan berat yang saya gunakan sekarang. Namun begitu, gambar yang diambil menggunakan kamera terbina dalam, tidak begitu memberansangkan. Mungkin disebabkan ketiadaan lampu 'Flash'. Telefon bimbit ini juga mempunyai 9MB memori terbina-dalam ditambah dengan 1GB MicroSD Card. Setakat ini, itu sahaja yang boleh dikupas berkenaan telefon bimbit ini. Tidak diketahui sama ada telefon ini juga akan menghadapi masalah kekejangan sepertimana yang terjadi ke atas telefon Nokia N73.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan