
Sesiapa yang melihat seseorang menggunakan telefon bimbit N73, tolong tanyakan kepada mereka sekiranya telefon tersebut adalah milik isteri saya yang telah kehilangannya sewaktu dia membeli makanan di Restoren Abas, Taman Desa Jaya, Kepong pada hari Ahad, 24 Jun 2006 antara jam 5.45 petang dan 6.30 petang. Disyakki telefon tersebut telah terjatuh dari poket seluarnya tanpa disedari ketika duduk di atas kerusi sambil menunggu makanan yang dipesan disiapkan.
Ketika cuba menghubungi telefon bimbit isteri saya dengan menggunakan telefon bimbit saya, panggilan berjaya dilakukan tetapi tidak dijawab. Saya segera menyuruhnya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Maxis untuk menghalang penggunaan nombor Hotlink miliknya oleh orang yang terjumpa dan sengaja mengambilnya tanpa berniat langsung untuk memulangkannya.
Pada keesokan harinya (Isnin, 25 Jun 2006), isteri saya telah pergi ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan Maxis di Menara Berkembar Petronas untuk mendapatkan semula nombornya. Dengan bayaran RM25, isteri saya mendapat kad SIM Hotlink 3G sebagai gantian, lalu memasukkannya ke dalam telefon bimbit Nokia 6610 kepunyaan saya yang lama dahulu. Menurut isteri saya, makhluk yang mengambil telefon bimbitnya itu telah menggunakan kredit panggilan yang ada sebanyak RM35.
Jika anda menjumpai telefon bimbit isteri saya itu, sila nyatakan diruangan 'Comments'. Terima kasih saya dahulukan.
MORAL :
1)
JANGAN ABAIKAN TELEFON BIMBIT ANDA.2)
SEKIRANYA ANDA KEHILANGAN TELEFON BIMBIT, BUAT LAPORAN SEGERA KE PENYEDIA PERKHIDMATAN TELEFON BIMBIT ANDA SUPAYA NOMBOR ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN.3)
BUAT SOKONGAN MAKLUMAT BUKU TELEFON ANDA DI DALAM KOMPUTER SEBERAPA KERAP YANG BOLEH. KEKESALAN PALING BESAR YANG DIRASAKAN BUKANLAH KERANA KEHILANGAN TELEFON BIMBIT, TETAPI NOMBOR-NOMBOR TELEFON YANG TELAH DISIMPAN SEKIAN LAMA.