29 Jun 2007

Pembersih Hampa Gas Pensonic PVC-31A

Setelah sekian lama mengimpikan sebuah pembersih hampa gas, akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan. Pembersih hampa gas ini dibeli dengan harga RM239.00 dari seorang lelaki bernama Sing Loon Kiat (019 - 223 3328) yang datang ke rumah semalam buat kali kedua dengan membawa peralatan tersebut. Kali pertama dia datang adalah pada hari Rabu kelmarin, tetapi disebabkan unit yang dibawanya mempunyai masalah suis yang tidak berfungsi, dia terpaksa datang semula membawa unit yang berfungsi.

Sing Loon Kiat adalah bekas pekerja kedai elektrik yang menjual alat penghawa dingin yang saya gunakan sekarang. Dia sedang berusaha untuk membuka kedai elektriknya sendiri di Sri Gombak. Sementara itu dia telah mendaftarkan syarikatnya sendiri iaitu SLK Electric Enterprise (001686720-M) dengan menggunakan alamat di No. 39, Jalan SJ 24, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor.

Pembersih hampa gas ini menggunakan kuasa sehingga 1600w. Menurut kata Sing, pembersih hampa gas yang menggunakan kuasa yang lebih rendah tidak tahan lama. Sing juga sanggup memberikan jaminan sehingga setahun setengah untuk pembersih hampa gas ini. Antara spesifikasinya :
  • Tahap Kuasa Motor Tinggi
  • Sistem Pemutar-balik Wayar Automatik
  • Penunjuk Beg Habuk Penuh
  • Roda Hadapan dengan Sendi Berputar untuk memudahkan pergerakan.
  • Sistem Penapisan 5 Tahap
  • Kawalan Kelajuan
  • Aksesori



Dalam posisi menegak.

Dalam posisi mendatar.

Beg habuk di posisinya.

Menurut kata Sing, beg habuk hanya boleh digunasemula untuk tiga kali sahaja.

28 Jun 2007

Google AdSense

Proses pendaftaran agak mengelirukan. Sepatutnya boleh gunakan akaun Gmail sedia ada untuk berdaftar dengan AdSense, tetapi kesudahannya memerlukan saya menggunakan alamat e-mail yang lain. Katanya, perlukan sehari dua sehingga seminggu untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran. Macam berurusan dengan agensi kerajaan pula rasanya.

26 Jun 2007

Bank Bekukan Akaun

Petikan akhbar Utusan Malaysia 26 Jun 2007-Ruangan Dalam Negeri

KUALA LUMPUR 25 Jun – Sebuah bank komersial terkemuka tempatan diminta memberikan penjelasan berhubung tindakannya membeku akaun simpanan pelanggan yang gagal membayar bayaran minimum kad kredit bank itu melebihi tempoh tiga bulan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan itu sekiranya tidak dihentikan segera boleh menjejaskan imej bank berkenaan dan menyebabkan pelanggan beralih kepada bank-bank lain

Kenapalah tidak dinyatakan nama bank yang dimaksudkan. Adakah kerana takut di saman oleh pihak bank tersebut? Jika benar dakwaan bahawa bank itu mengambil tindakan dengan membekukan akaun pelanggannya yang lewat membayar balik hutang, nyatakanlah nama bank tersebut. PPIM, persatuan yang memperjuangkan hak para pengguna, kenapa menafikan hak pengguna untuk mengetahui nama bank tersebut. Setidak-tidaknya pengguna diberi peluang, dan sememangnya hak pengguna untuk memilih sama ada kekal menjadi pelanggan di bank yang dimaksudkan atau beralih ke bank lain. Masalahnya, saya tidak tahu bank yang mana. Anda tahu? Sekiranya anda tahu, nyatakan di ruangan 'Comments'. Terima kasih.

SOALAN :

PPIM INGIN MELINDUNGI HAK PENGGUNA ATAU PIHAK BANK?

Kehilangan Telefon Bimbit




Sesiapa yang melihat seseorang menggunakan telefon bimbit N73, tolong tanyakan kepada mereka sekiranya telefon tersebut adalah milik isteri saya yang telah kehilangannya sewaktu dia membeli makanan di Restoren Abas, Taman Desa Jaya, Kepong pada hari Ahad, 24 Jun 2006 antara jam 5.45 petang dan 6.30 petang. Disyakki telefon tersebut telah terjatuh dari poket seluarnya tanpa disedari ketika duduk di atas kerusi sambil menunggu makanan yang dipesan disiapkan.

Ketika cuba menghubungi telefon bimbit isteri saya dengan menggunakan telefon bimbit saya, panggilan berjaya dilakukan tetapi tidak dijawab. Saya segera menyuruhnya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Maxis untuk menghalang penggunaan nombor Hotlink miliknya oleh orang yang terjumpa dan sengaja mengambilnya tanpa berniat langsung untuk memulangkannya.

Pada keesokan harinya (Isnin, 25 Jun 2006), isteri saya telah pergi ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan Maxis di Menara Berkembar Petronas untuk mendapatkan semula nombornya. Dengan bayaran RM25, isteri saya mendapat kad SIM Hotlink 3G sebagai gantian, lalu memasukkannya ke dalam telefon bimbit Nokia 6610 kepunyaan saya yang lama dahulu. Menurut isteri saya, makhluk yang mengambil telefon bimbitnya itu telah menggunakan kredit panggilan yang ada sebanyak RM35.

Jika anda menjumpai telefon bimbit isteri saya itu, sila nyatakan diruangan 'Comments'. Terima kasih saya dahulukan.

MORAL :

1) JANGAN ABAIKAN TELEFON BIMBIT ANDA.

2) SEKIRANYA ANDA KEHILANGAN TELEFON BIMBIT, BUAT LAPORAN SEGERA KE PENYEDIA PERKHIDMATAN TELEFON BIMBIT ANDA SUPAYA NOMBOR ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN.

3) BUAT SOKONGAN MAKLUMAT BUKU TELEFON ANDA DI DALAM KOMPUTER SEBERAPA KERAP YANG BOLEH. KEKESALAN PALING BESAR YANG DIRASAKAN BUKANLAH KERANA KEHILANGAN TELEFON BIMBIT, TETAPI NOMBOR-NOMBOR TELEFON YANG TELAH DISIMPAN SEKIAN LAMA.